Tuesday, 16 April 2013

Hanya Hati Berbicara





Dalam keheningan malam begini,

hanya hati yang berbicara tentang 

betapa rindunya diriku padamu yang jauh di mata. 

Sebegini hebat ingatan padamu, 

sehingga aku tak bisa alpa walau sesaat jua 

dari mengingati dirimu dalam hati ini. 

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui 

betapa aku menyayangi dan merindui kekasih hati.

Kau bukan lagi illusi..

bukan jua sekadar mimpi..

Aku kini dalam realiti yang amat pasti. 

Hanya takdir Ilahi dan masa yang akan menentukan 

bagaimanakah kesudahannya cinta kita ini. 

Aku pasti kebahagiaan sedang menanti 

walau sekadar di penghujung nanti..



1 comment:

  1. dah lau jodoh tak kemana...
    sabar je laa setiap penantian pasti
    pasti ada ending yang baek..

    ReplyDelete