Tuesday 26 November 2013

$$ kusut $$


Setiap kali sebelum tidur
Pelbagai perkara yang bermain di fikiran
Hati ini menjadi kusut
Memikirkan tentang kita

Bagaimana harus aku hadapi
Hidup tanpa dirimu
Yang kini semakin jauh
Meninggalkan aku

Kasihku
Kenapa kini kau berubah
Kau semakin asing
Tak seperti dirimu yang dulu

Apakah yang harus aku lakukan
Untuk memenangi hatimu semula
Sayang, hilangkan kekusutan ini
Kerana hanya kau mampu hadirkan bahagia


*K.I.T.A*


Kita memang satu
Dalam ramai2 kita tetap bersama
Tak mudah untuk terus kekal
Tapi yang penting kita mencuba


Mudah2an bersama
Untuk selama2nya
Tak perlu keluh kesah
Ayuh kita hadapi bersama


* KiSaH_kItA *


Hubungan kita adalah kisah klasik
Antara kita berdua
Biar apa kata orang
Hanya kau @ aku yang merasakannnya

Abadikan cerita indah ini
Biar menjadi kenangan indah hri kelak
Kita berdua sama2 hargai
Apa yang kita miliki

Cinta kita
Bukan cinta biasa
Ia adalah kisah agung
Antara dua hati yang berkongsi

Rasa indah, rasa cinta
Yang lahir dari jiwa
Turun ke hati
Sama2 menyayangi

Monday 4 November 2013

SITI yang perlu dicontohi


1. Siti Khadijah :

Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak - anak Rasulullah, setia dan mendukung Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang - orang kafir dan musyrik, mengantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2. Siti Fatimah :

Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berbagi 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali.
Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3. Siti Aisah :

Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berbagi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4. Siti Hajar :
Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5. Siti Mariam :

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri & mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Isa.

6. Siti Asyiah :

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7. Siti Aminah :

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8. Siti Muti’ah :

Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya karena setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik untuk tatapan suaminya saja.

9. Siti Zubaidah :

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat karna Allah s.w.t.

Semoga ALLAH senantiasa membimbing kita dalam keadaan iman dan takwa kepada-Nya, dan mudah-mudahan ALLAH menjadikan yang sudah menikah menjadi pasangan yang sakinah, mawaddah, warahmah, untuk taat kepada suami, dan menyayangi istrinya. Dan yang belum menikah semoga ALLAH pertemukan jodohnya, dan segera menikah dengan pasangan yang dikehendaki. Aamiin.