Sunday, 17 March 2013

Sekian lama aku menangis...


Ketika kau lelah tak berdaya kerana usaha yang gagal,
Allah tahu betapa gigih engkau telah berusaha..

Ketika sekian lama kau menangis dn batinmu menderita,
Allah telah menghitung tangismu..

Ketika kau rasa hidupmu tak menentu dan waktu terus meninggalkanmu,
Allah menunggu bersamamu.

Ketika kau kesepian dan kawanmu telah terlalu sibuk
walau hanya untuk menelefon, Allah berada disisimu..

Ketika kau telah mencuba segala sesuatu dan tak tahu
harus berbuat apa, Allah memiliki jawapannya.

Ketika tiba-tiba hidupmu lebih ceria dan kau temukan secebis harapan,
Allah telah berbisik kepadamu.

Ketika semuanya berjalan lancar dan banyak yang
harus kau syukuri, Allah telah menyayangimu.

Ketika kegembiraan datang dan kau terasa terpesona,
Allah tersenyum kepadamu.

Ketika kau bercita-cita dan mimpi untuk diwujudkan,

Allah telah membuka matamu dan memanggil namamu. 

No comments:

Post a Comment