Saturday, 18 May 2013

Harga Sebuah Cinta



Kesetiaan?
Bukan semuanya akan dibalas dengan kebahagiaan
Apa yang kita harapkan
Tidak semestinya akan menjadi kenyataan
Tapi.. Teramatlah pedih
Apabila insan yang kita sayang
Tidak pernah menghargai apa yang kita korbankan


Namun...
Itulah ketentuan-Nya
Menguji ketahanan dan kekuatan iman kita
Buat insan yang mengerti
Hargailah hati...
Kerana ia terlalu bererti
Hargailah rasa..
Kerana ia cepat terasa
Hargailah cinta..
Kerana apabila ia musnah
Pastilah hati dan rasa tidak bermakna lagi


Maka, hargailah semuanya
Kerana apabila ia terluka
Sukar sekali untuk dicantumkan kembali!!!


(^_^) sekian, tq (^_^)

Datang & Pergi


Dalam hidup aku

Banyak betul benda & perkara

Yang datang & pergi..

Ada yang membawa suka

Tak kurang juga hati terpalit duka

Namun aku tetap tabah

Malas melayan tuntutan emosi

Kasih pada hati aku tahankan

Namun jangan sesekali kau cabar

Yang pergi takkan kembali lagi


Ingat tuu!!

. . . H I L A N G . . .


Waktu seakan cemburu
Melihat kita bahagia
Selepas ceria bersama
Tiba waktunya kita berpisah

Walau perit hati ini
Untuk terima takdir
Aku harap
Hubungan kita kekal sentiasa

Percayalah sayang
Hubungan jarak jauh
Pasti akan berhasil
Jika kita menjayakannya

Tapi jauh di sudut hati
Risau tetap menghimpit diri
Adakah kita kan teruskan
Semua yang kita bina selama ini

Aku harap kau pun begitu
Selamat jalan sayang

Hargailah Cintaku


Ku akan pergi..
Meninggalkan dirimu sendiri
Jika kau ulangi..
Kesalahan yang kedua kali
Selama ini..
Ku mencintaimu sepenuh hati
Tapi kau khianati..
Dan mencintai ke hati yang lain

Ku ingin kau hargai..
cinta yang telah ku beri
Cinta yang telah kau miliki
Ku ingin kau mengerti..
cinta yang telah ku beri
Dan jagalah sampai mati..

Biarpun kau sakiti..
Biarpun kau lukai
Aku tetap mencintai
Biarpun kau sakiti..
Biarpun kau lukai
Aku tetap cinta mati