Thursday, 11 April 2013

kaulah cintaku selamanya . .



saban hari
saban minggu
saban waktu
hanya kau dihatiku
hanya kau cintaku

walau badai melanda
namun cintaku tak pernah pudar
kerna hanya kau yang bertakhta
di hati dan sanubari

moga kau tabah
hadapi segala
doaku tak pernah putus
agar kebahagiaan menjadi milik kita
untuk selamanya


Sedetik Rindu Seluruh Kalbu. .



Saat ini.. terasa sepi sekali
Dingin pagi terasa memilu di hati
Sejak dikau seakan menjauhi..

Diriku ditinggalkan sendiri
Menggagahi hati, memujuk sanubari
ingatan yang abadi..

Akur ku pada situasi
Tidak adil ku bertanya lagi
Bukan milikku..

Sedetik tidak pernah lupa
Pada sebuah nama dan paras rupa
Menjelma dalam jaga, mimpi dan anganku tiap masa..

Sedetik rindu
Seluruh kalbu
Aku mendoakan kebahagiaanmu..


Sejak Ku Mengenalimu. .


Sejak aku mengenalimu
kuntum – kuntum bunga
di laman hati
beraroma dengan wangi
menjinakkan kegusaran
yang bertahun – tahun
hidup di rimba keharuan.
Aku ingin mengenali
seluruh daerah hatimu
ingin meneroka jalan
tanpa simpang dan liku
kerana di situ hatiku
akan bermukim
sehingga tamat
seluruh musim.
Sejak mengenalimu
semua pintu mula kubuka
agar kau yang pertama
sudi memasukinya
dan aku sudah
menyusun berhias
mesramu di setiap
ruang dan bahagian
agar lebih akrab
saling sayang menyayang
dengan kepercayaan.
Sejak mengenalimu
kudepa seluas langit
agar kau bisa
rasa degup jantungku
yang tak pernah berhenti
dengan berharap.
Agar kita kan bersama
Selamanya….


HIDUP KITA YG TERAKHIR



Pakaian terakhir kita = kain kapan

Gelaran terakhir kita = arwah/allahyarham


Hadiah terakhir kita = yassin/al fatihah/bunga mawar/bunga/

batu nisan

Destinasi terakhir kita = tanah perkuburan


Tempat terakhir kita = kubur/liang lahad




# ingatlah!! kematian boleh hadir pada bila2 masa seperti yang sudah tertulis di LUH MAHFUZ,, jadi, sama2 lah kita mengingati MATI..