Thursday, 11 April 2013

Ku Merinduimu . . .


Malam ini ...
Ku lihat rembulan kuning tampak berseri bak purnama
Akankah ini petanda rembulanku akan menemuiku?
Untuk mengakhiri penantianku selama ini

Tapi ...
Ku amati sejenak ...
Di sampingmu ada awan mendung mendekati
Akankah ini yang menjadi penghalangmu untuk hadir di sisi ku?

Wahai rembulanku ...
Yakinlah pada kemampuan dirimu
Apapun rintangan di hadapanmu
Tetaplah selalu menemani dan menyinariku
Janganlah kau pergi rembulanku
Kerana cahayamu menyejukkan hatiku

Dan di malam ini ku berdoa
Semoga rembulanku selalu setia menemaniku
Hadirlah selalu di setiap malamku!

Tika Senja . .



Tika Senja Menjemput Malam
Naluri Ini Dibayangi Rasa Rindu
Rindu Akan Kenangan Silam
Kegembiraan dan Kepahitan
Lumrah Hidup Semua Insan
Ada Masa Suka
Ada Masa Duka
Kegembiraan Disusuli Kesyukuran
Inayat Dari Tuhan Dipohonkan
Kepahitan Mengajar Erti Kedewasaan
Dalam Merentasi Pentas Kehidupan
Kini,
Kukenal Erti Percintaan
Kukenal Erti Sebuah Kasih Sayang
Kukenal Jua Erti Kerinduan
Rindu Menjemput Jiwaku Kembali Merindu
Rindu Pada Ketenangan
Rindu Pada Kekasih
Rindu Menjadikanku Pengemis
Mengemis Rindu Yang Tiada Kesudahan



Saat ku ingin pergi . . .


Ke mana pun kaki ini berdiri..

Biar di pantai yang sepi..

Mahupun di jalanan yang dihambati..

Kau masih di hati..

Tatkala ku cuba..

Mencari kepastian diri..

Saat bicara tidak lagi dituturi..

Hanya berbisik pada hati..

Bertanyakan yang tak pasti..

Namun jawapan tidak ku temui..

Walaupun renunganku setinggi langit biru..

Dan gelora hatiku sekuat ombak menderu..

Yang ku rasakan hanyalah..

Kau tetap di hati..

Saat ku ingin pergi..


Kehilanganmu . . .


Saat ku kehilanganmu 
Hati dibaluti rasa pilu 
Kedukaanku pasti berlarutan 
Kerna dikecewakan.. 

Pernah kita.. 
Bagaikan aur dengan tebing 
Mengatur langkah seiring 
Menghadapi kepahitan 
Hidup berdua 
Pernah menangis bersama 

Panas dan hujan 
Ribut dan taufan 
Telah menguji kesetiaan 
Bersama keyakinan 
Kita jadikan 
Mimpi satu kenyataan 

Tiada pernah ku menyangka 
Kenyataan mengaburi mata 
Sehinggakan kau merasa 
Tak lagi perlu 
Ku berada di sisimu